Monday, 3 October 2016

NOTA PENULISAN

PENULISAN DARI SEGI KONSEP, TUJUAN, JENIS, DAN ELEMEN

Penulisan mempunyai skop yang besar iaitu sesuatu perkara yang kita perlu mengetahui dalamannya untuk membuat atau menghasilkan sesuatu karya supaya mudah difahami dan umum akan tertarik dengannya.

            Penulisan mempunyai tiga konsep iaitu, retorik, wacana, teks dan karya. Pengetahuan konsep ini perlu supaya penulis mengetahui apa bentuk penulisan yang sedang dibuat. Konsep retorik merangkumi seni penulisan pada zaman moden ini, dan ianya berasal dari perkataan Greek ‘rhetor’ yang bermaksud seni pengucapan awam, struktur asasnya ialah pengenalan, isi, dan penutup serta pakar retorik berpendapat bahawa penulisan merupakan, satu bentuk wacana yang dianalisis dari segi perkataan, ayat, dan perenggan. Di samping itu, wacana pula mengikut takrifan linguistik ialah unit tatabahasa terbesar yang melangkaui teks dan konteks. Manakala, teks dan karya ialah hasil yang wujud selepas akhir proses penulisan dan mempunyai pengertian tersirat serta penggunaan Bahasa terbatas dari segi bentuk dan hubungannya dengan pembaca.

            Penulisan yang dibuat mempunyai tujuan yang tersendiri seperti penugasan iaitu penulis disuruh untuk menulis sesuatu tajuk yang ditentukan sebagai contoh tugasan murid yang diberikan oleh guru. Selain itu, alturistik ialah penulis tidak dipaksa tetapi kehendak seseorang untuk melakukannya seperti seseorang yang mempunyai hobi yang suka menulis sehingga terhasilnya novel, majalah dan sebagainya serta penulisan juga boleh dibuat untuk pemujukan seperti penulis mempunyai pendapat dan pandangan yang ingin dikongsi bersama pembaca yang mempunyai pandangan yang berbeza atau bertentangan. Penulis juga mengaharapkan supaya pembaca dapat memahami dan mengubah fikiran selepas membaca penulisan tersebut.

            Tambahan lagi, penulisan sebagai penerangan iaitu penulis mempunyai maklumat yang ingin dikongsi dengan pembaca dan mengharapkan pembaca dapat memahami maklumat yang disampaikan. Bahkan, penulisan juga sebagai penyataan diri yakni penulis menulis untuk memperkenalkan dirinya kepada pembaca supaya pembaca mengenali dan memahami dirinya. Dari segi elemen dalam penulisan Woodson (1982) menyatakan bahawa terdapat tiga elemen yang harus diambil kira seseorang penulis iaitu penulis (diri sendiri), pembaca (umum), dan mesej (karya).

            Elemen sebagai penulis perlu memainkan peranan supaya karya yang dihasilkan nanti berguna iaitu mereka  mestilah berpengetahuan, berfikiran logik, berperikemanusiaan, matang dan baik. Manakala, pembaca terdapat tiga jenis iaitu pembaca yang dikenal pasti, pembaca umum, dan pembaca yang sukar dipengaruhi. Dari segi mesej pula, adalah idea utama yang disampaikan oleh penulis metilah bersesuaian dengan tujuan penulisan dan terdapat beberapa elemen yang turut diambil kira iaitu konteks/tujuan, kod/Bahasa dan subjek, ini kerana elemen yang digunakan dapat menentukan bahawa penulis telah memikirkan perkara-perkara yang berkaitan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan berkualiti. Penulisan juga mempunyai beberapa jenis yang telah digunakan oleh penulis-penulis di dunia iaitu penulisan ilmiah, kreatif dan popular.


 Ini adalah sebahagian rangkaian supaya dapat membantu para pembaca menambah pengetahuan dalam penulisan supaya dapat membantu dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu dan berkualiti.

No comments:

Post a Comment