Saturday, 8 October 2016

PENULISAN ILMIAH


Penulisan ilmiah ialah penulisan yang sering digunakan oleh pelajar-pelajar yang melakukan atau membuat kajian terhadap sesuatu yang perlu dikaji, dan dianalisis oleh penulis tersebut sehingga menjadikan satu bentuk karya penulisan ilmiah pada proses akhir. Penulisan ilmiah ini berlandaskan kepada metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi saintifik merupakan pendekatan yang menggunakan bukti dan fakta yang kukuh bagi menyokong kenyataan melalui beberapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis, dan kebenaran kenyataan tersebut.

Bahasa yang digunakan dalam penulisan ilmiah kebiasaanya ialah kata, ungkapan, istilah dan ayat yang maknanya berbentuk denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak bercanggah dengan makna-makna yang lain. Oleh itu, karya yang dihasilkan melalui penulisan ilmiah mestilah bersifat objektif, tepat, lengkap, dan jujur.

Dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang mempunyai beberapa jenis penulisan seperti yang utama ialah kertas kerja, esei ilmiah, laporan kajian, tesis, dan disertasi. Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau masalah yang didapati daripada data kajian lapangan atau rujukan buku perpustakaan.

Analisis dalam kertas kerja pula bersifat rasional-empiris dan objektif, sebagai contoh seorang pelajar yang ingin menganjurkan sebuah majlis perlulah membuat kertas kerja dahulu supaya dapat klasifikasikan maklumat secara terperinci. Manakala, esei ilmiah adalah karangan pendek yang nerujuk kepada data atau hasil yang diperoleh dari lapangan atau perpustakaan dan berbentuk rasional-empiris dan objektif.

Selain itu, laporan kajian atau penyelidikan merujuk kepada penulisan yang menyampaikan maklumat atau fakta sesuatu kepada orang lain. Cara pengkhuraiannya juga berdasarkan metodologi saintifik. Di samping itu, adalah tesis iaitu penulisanya bersifat lebih mendalam kerana bentuk penulisannya perlu mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh darpada penyelidikan sendiri dan perlu membuat hipotesis untuk membuktikannya. Kebiasaanya ialah pelajar ijazah akan mlakukannya dan hasil kajian perlu dipertahankan di depan panel-panel.


Disertasi ialah penulisan tahap tertinggi iaitu mereka yang ingin mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph. D). Hal ini kerana penulisan tersebut melibatkan fakta yang dicungkil atau diperoleh daripada kajian berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang teperinci. Antara ciri-ciri penulisan ilmiah ialah catatan pustaka, catatan kaki dan kaki singkat, petikan langsung dan tak langsung serta bibliografi.

No comments:

Post a Comment