Saturday, 8 October 2016

DEFINISI PENULISAN

Terdapat pelbagai maksud atau definisi penulisan yang telah dinyatakan oleh para sarjana yang tersohor dan dikenali, antaranya ialah Za’ba (1965), Raminah Hj.Sabran (1993), Awang Sariyan (1991) dan Horton (1993). Tidak terlepas juga, para sarjana dari negara barat juga ada menyatakan definisi disebalik penulisan yang dinytakan oleh Ruggiero (1981).

            Menurut Za’ba (1965), beliau menyatakan bahawa penulisan merupakan “pekerjaan yang menyusunkan perkataan dengan susunan yang elok kerana menghalkan atau merupakan sesuatu fikiran hati atau sesuatu kisah cerita supaya dapat difahamkan oleh orang-orang lain apabila didengar atau dibaca mereka susunan itu….” (hlm.6). Manakala, menurut Awang Sariyan (1991) pula, penulisan merujuk kepada pengolahan gagasan atau pemikiran dan juga proses mekanis yang melibatkan penguasaan alat dan teknik untuk  mengungkapkan gagasan atau pemikiran.

            Selain itu, menurut Ruminah Hj.Sabran (1993), beliau memberitahu bahawa penulisan itu merupakan kemahiran menulis tertinggi yang memerlukan seseorang itu menerapkan beberapa subkemahiran, seperti kemahiran mengenal dan menulis huruf-huruf dalam suatu himpunan perkataan, frasa, atau ayat yang mengikut sistem tulisan dan sistem ejaan yang telah dtentukan oleh sesuatu bahasa. Di samping itu, kemahiran menulis juga memerlukan kemahiran mengolah dan menyusun buah fikiran dengan lancar dan kemas dalam satu jalinan yang berkesinambungan. Maksud penulisan yang diberikan beliau sangat menekankan kepada kemahiran atau bakat kendiri yang mampu mengolah sesuatu perkataan sehingga menjadi sebuah cerita yang difahami oleh umum.

            Seterusnya, sarjana yang bernama Horton (1993) beliau mentafsirkan bahawa “penulisan ialah bagaimanan akal berfikir”. Disebalik tafsiran itu, beliau ingin menyatakan bahawa penulisan adalah seperti mencatatkan perkara-perkara di atas kertas iaitu apa yang membolehkan anda berpegang pada satu idea sementara anda terus meneroka beberapa idea yang diruntuti oleh suara kecil di sebalik pemikiran anda, yang mungkin bersangkutan dengannya. Hal ini menunjukkan bahawa jalinan idea yang tercetus di fikiran dapat membantu kita untuk membina sebuah konsep cerita yang lengkap. Tambahan lagi, terdapat definisi daripada ilmuan negara luar iaitu Ruggiero (1981), beliau bicara bahawa penulisan ialah “a composition, as we will refer to it, is a brief essay that expresses the writers thoughts and feelings in direct prose statement”.

            Kesimpulannya, penulisan merupaka satu aktiviti yang melibatkan pemikiran (mental) dan perasaan (psikologikal). Di samping itu, ialah satu proses berterusan dalam usaha menyampaikan pemikiran dan perasaan penulisan serta satu hasil yang dapat dibaca dan difahami oleh umum yang mungkin juga melibatkan tindak balas tertentu dalam cerita yang dihasilkan.

No comments:

Post a Comment