TUKANG SAPU
“Wah,
bersihnya taman ni cantik pemandangannya” inilah perkataan yang sering kita
dengar dan ungkapkan jika sampai di suatu tempat yang cantik dan mempunyai
pemandangan yang nyaman. Bahkan setiap kali jika kita ingin ke suatu tempat
kita pasti akan menitikberatkan akan hal kebersihan, kebersihan ini adalah
punca dari setiap tukang sapu yang bekerja membanting tulang empat kerat mereka
membersihkan setiap tempat untuk memberi kepuasan kepada setiap pengunjung. Walaupun
mereka hanya digelar sebagai tukang sapu tetapi mereka tidap pernah kisah akan
hal itu, ini kerana mereka cuba mencari rezeki yang halal dan berkemampuan
untuk melakukannya. Cuba anda bayangkan jikalau tiada tukang sapu adakah setiap
tempat yang sekarang ini bersih, cantik, wangi akan kekal seperti sediakala.
Tetapi kenapa sesetengah kita mengambil remeh akan tukang sapu, mereka denga
tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan prihatin sanggup membuang sampah
merata-rata sedangkan sudah disediakan tong sampah yang berdekatan sehingga
tukang sapu ini perlu membuat kerja ‘double’, bayangkanlah bahawa setiap tukang
sapu itu adalah orang tua mu dakah engkau sanggup berbuat demikian. Biarpun
mereka ini hanya tukang sapu tetapi mereka juga manusia yang inginkan kehidupan
yang biasa oleh itu, hormatilah mereka kerana bukan setiap tukang sapu itu
tergolong di kalangan muda, ada yang tua dan mereka bekerja untuk keperluan
seharian keluarga.
Contoh gambaran tukang sapu di jalanan.
No comments:
Post a Comment