Wednesday, 16 November 2016

PENULISAN BEBAS

Pada tarikh 22/9/2016 kami sekelas telah membincangkan tajuk mngenai penulisan bebas. Setelah kami habis pelajari tetang maksud dan apa itu penulisan bebas, kami diberi tugasan berkumpulan, satu kumpulan mempunyai 2 ahli sahaja almaklumlah kelas saya tidak mempunyai ramai pelajar. Tugasan kami adalah untuk memberikan contoh penulisan bebas melalui pemilihan daripada sesuatu benda atau barang dan kami perlu memperkembangkan perkataan tersebut dari segi pandangan kami. Kumpulan saya memilih kereta sebagai tajuk umum kami. Di bawah ini adalah contoh yang kami telah bentangkan berdasarkan rangka karangan.



            Dari segi ekonomi setiap manusia mempunyai kehendak dan keperluan dalam memiliki sesuatu barangan sebagai contoh rumah, kereta, makanan, dan lain-lain. Tajuk yang kami pilih adalah kereta dan kereta merupakan sesuatu kehendak manusia iaitu sesuatu kepuasan yang kita mampu untuk dimiliki, tetapi sekarang kereta telah menjadi suatu keperluan dalam kehidupan seharian manusia.
Setiap golongan daripadan kanak-kanak, remaja dan dewasa mempunyai perasaan untuk memiliki sebuah kereta.sebagai contoh, peringkat kanak-kanak ingin memiliki kereta mainan atau kereta kertas yang boleh dibeli dengan harga yang murah, walaupun kereta tersebut bukan ‘original’ tetapi mereka sudah berkeiginan untuk memiliki sesebuah kenderaan. Bagi remaja yang sedang meningkat dewasa ketreta merupakan suatu kepuasan bagi mereka untuk dimiliki dan untuk dewasa adalah satu keperluan untuk menjalnkan aktiviti harian seperti kerja, beli barang rumah dan lain-lain.
Kereta mempunyai pelbagai jenama tidak kiralah sama ada tempatan atau import dari luar negara. Antara contoh jenamanya ialah PRODUA, PROTON, BMW, HULUX, AXIA, MYVI, VIVA dan sebagainya yang terdapat di setiap negara. Bahkan setiap golongan yang disenaraikan itu mempunyai pilihan yang tersendiri mengikut cita rasa dari peringkat umur. Bagi remaja mereka lebih terdorong untuk memiliki kereta yang kecil dan mempunyai keunikan tersendiri, contohnya MYVI, AXIA, VIVA yang mempunyai ruang yang kecil tetapi kelihatan moden. Manakala, untuk dewasa lebih terarah kepada keselamatan dan keselesaan ahli keluarga serta barangan dalaman yang asli. Sebagai contoh, BMW, ESTIMA, SAGA, PRODUA yang mempunyai keluasan yang besar dan berautoriti. Di samping itu, kereta ini juga mempunyai dua jenis iaitu kereta auto dan manual ini bergantung kepaa setiap peringkat untuk memiliki mengikut keselesaan.

Di atas adalah sedikit sebanyak contoh penulisan bebas dari kumpulan saya yang sudah buat dan bentangkan. Jika ada salah dalam penulisan ini saya memohon maaf dan terima kasih kerana sudi membaca. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment