Wednesday, 16 November 2016

PENULISAN BEBAS

Pada tarikh 22/9/2016 kami sekelas telah membincangkan tajuk mngenai penulisan bebas. Setelah kami habis pelajari tetang maksud dan apa itu penulisan bebas, kami diberi tugasan berkumpulan, satu kumpulan mempunyai 2 ahli sahaja almaklumlah kelas saya tidak mempunyai ramai pelajar. Tugasan kami adalah untuk memberikan contoh penulisan bebas melalui pemilihan daripada sesuatu benda atau barang dan kami perlu memperkembangkan perkataan tersebut dari segi pandangan kami. Kumpulan saya memilih kereta sebagai tajuk umum kami. Di bawah ini adalah contoh yang kami telah bentangkan berdasarkan rangka karangan.



            Dari segi ekonomi setiap manusia mempunyai kehendak dan keperluan dalam memiliki sesuatu barangan sebagai contoh rumah, kereta, makanan, dan lain-lain. Tajuk yang kami pilih adalah kereta dan kereta merupakan sesuatu kehendak manusia iaitu sesuatu kepuasan yang kita mampu untuk dimiliki, tetapi sekarang kereta telah menjadi suatu keperluan dalam kehidupan seharian manusia.
Setiap golongan daripadan kanak-kanak, remaja dan dewasa mempunyai perasaan untuk memiliki sebuah kereta.sebagai contoh, peringkat kanak-kanak ingin memiliki kereta mainan atau kereta kertas yang boleh dibeli dengan harga yang murah, walaupun kereta tersebut bukan ‘original’ tetapi mereka sudah berkeiginan untuk memiliki sesebuah kenderaan. Bagi remaja yang sedang meningkat dewasa ketreta merupakan suatu kepuasan bagi mereka untuk dimiliki dan untuk dewasa adalah satu keperluan untuk menjalnkan aktiviti harian seperti kerja, beli barang rumah dan lain-lain.
Kereta mempunyai pelbagai jenama tidak kiralah sama ada tempatan atau import dari luar negara. Antara contoh jenamanya ialah PRODUA, PROTON, BMW, HULUX, AXIA, MYVI, VIVA dan sebagainya yang terdapat di setiap negara. Bahkan setiap golongan yang disenaraikan itu mempunyai pilihan yang tersendiri mengikut cita rasa dari peringkat umur. Bagi remaja mereka lebih terdorong untuk memiliki kereta yang kecil dan mempunyai keunikan tersendiri, contohnya MYVI, AXIA, VIVA yang mempunyai ruang yang kecil tetapi kelihatan moden. Manakala, untuk dewasa lebih terarah kepada keselamatan dan keselesaan ahli keluarga serta barangan dalaman yang asli. Sebagai contoh, BMW, ESTIMA, SAGA, PRODUA yang mempunyai keluasan yang besar dan berautoriti. Di samping itu, kereta ini juga mempunyai dua jenis iaitu kereta auto dan manual ini bergantung kepaa setiap peringkat untuk memiliki mengikut keselesaan.

Di atas adalah sedikit sebanyak contoh penulisan bebas dari kumpulan saya yang sudah buat dan bentangkan. Jika ada salah dalam penulisan ini saya memohon maaf dan terima kasih kerana sudi membaca. Sekian terima kasih.

Wednesday, 9 November 2016

TUGASAN

TUKANG SAPU

“Wah, bersihnya taman ni cantik pemandangannya” inilah perkataan yang sering kita dengar dan ungkapkan jika sampai di suatu tempat yang cantik dan mempunyai pemandangan yang nyaman. Bahkan setiap kali jika kita ingin ke suatu tempat kita pasti akan menitikberatkan akan hal kebersihan, kebersihan ini adalah punca dari setiap tukang sapu yang bekerja membanting tulang empat kerat mereka membersihkan setiap tempat untuk memberi kepuasan kepada setiap pengunjung. Walaupun mereka hanya digelar sebagai tukang sapu tetapi mereka tidap pernah kisah akan hal itu, ini kerana mereka cuba mencari rezeki yang halal dan berkemampuan untuk melakukannya. Cuba anda bayangkan jikalau tiada tukang sapu adakah setiap tempat yang sekarang ini bersih, cantik, wangi akan kekal seperti sediakala. Tetapi kenapa sesetengah kita mengambil remeh akan tukang sapu, mereka denga tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan prihatin sanggup membuang sampah merata-rata sedangkan sudah disediakan tong sampah yang berdekatan sehingga tukang sapu ini perlu membuat kerja ‘double’, bayangkanlah bahawa setiap tukang sapu itu adalah orang tua mu dakah engkau sanggup berbuat demikian. Biarpun mereka ini hanya tukang sapu tetapi mereka juga manusia yang inginkan kehidupan yang biasa oleh itu, hormatilah mereka kerana bukan setiap tukang sapu itu tergolong di kalangan muda, ada yang tua dan mereka bekerja untuk keperluan seharian keluarga.


Contoh gambaran tukang sapu di jalanan.